29 August 2013

UJIAN ALLAH

Assalamualaikum.

saje buat entry ni. Masa dok jahit butang dengan tali-tali tu. terfikir lak lagu alleycat - Layang-layang terputus talinya.

Bukan ape..
Ada masanya.. Kita rasa macam layang-layang terputus talinya. Tak terarah. Tak tahu mana titik mula. Tak ingat mana arah tuju. Jauh sekali matlamat. Semua entah ke mana.

Tapi,

Kalau time benda macam ni jadi kat Ayu ,selalu ingatkan diri. 
Kena hadapi semuanya dengan hati yang teguh. Tali agama Allah kan ada? 
Allah uji insan terpilih.

Teringat lirik Rahmat Ujian By Mestica:


Diuji tahap keimanan

Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatnya.



Allah rindu mendengarkan

Rintihan mu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah
Menghadapi segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu.


Bila ada masalah,jadi buntu, resah,gelisah. Ayu ajar diri fikir balik kekurangan diri ayu. Mungkin ada terkurang ayu mengingati Yang Esa, mungkin bila kita happy kita lupa Dia. Dia duga sikit supaya kita mengingati Dia. Dia rindu nak dengar hambaNya merintih memohon kepadanya.

Ujian, dugaan adalah tarbiyah dari Allah buat hamba-hambanya. 
Kenapa ayu kata tarbiyah? Sebab tarbiyah tu satu bentuk teguran,nasihat,pelajaran,ilmu. 
Sebab perasan tak ,bila kita diuji kita back to Allah. Kita terus automatik ingat Allah. Terus kita rasa, kasih sayang Allah yang kita harapkan. Kita doa, rayu, nangis-nangis dengan Allah. Dan selalunya tarbiyah Allah ini yang buat kita belajar untuk jadi sabar,tabah,rendah hati meminta dengan Allah. 

Sesungguhnya, kita ni terlalu kerdil di sisiNya.


Salam Jumaat,
Ayu zan.
Published with Blogger-droid v2.0.10

7 comments:

Unknown said...

mun pernah rasa mcm tu :)

sha (chirp chirp) said...

setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya, adakala kita di bawah, adakala kita di atas, be strong! :)

Anonymous said...

Setiap ujian ada timbalnya, usah resah inn syaa Allah bantuan Allah akan tiba.

Anonymous said...

inn syaa Allah, ujian itu peperiksaan, ayu lulus ayu berjaya, bykkan sedekah dan selawat.AK47.

Unknown said...

denda selawat 1000x. AK47.Inn Syaa Allah.

ayuzan said...

READERS..ayu xde apa2 masalah.. just sharing.. sharing tu xmesti skrg kita ada masalah kan?

Permata Malap said...

akak sejak beberapa hari ni rasa cam tu,ayu..sayu je..