23 July 2013

menu : Puding Roti Kukus

Assalamualaikum

semalam lepas masak untuk berbuka, ada masa berbaki 30 minit. tengok esbox ada satu bekas lebihan roti buat aiskrim goreng kelmarin. rasa mcm nak buat agar-agar milo susu. tapi, teringat entry resepi kat blogger kak ina intaNberlian yang dia rajin buat puding roti kukus dengan sos sekali.

so, ayu pun buat juga lah ikut gaya dan barang yang ada kat dapur kecil ayu tu.
yela. kat blog ayu ni pun setakat ni menu yg simple simple. hehe
dan ayu buat sikit je. sebab tak ramai isi rumah kan.

amik kau. tertabur banyak pulak kismisnya. kkikiki

HOW TO COOK?
credit : kak ina (maap ye kak kalau ubah-ubah)

bahan-bahan

Roti putih - kuantiti secukup rasa  (ayu guna lebihan aiskrim goreng)
telur 1 biji
Susu cair - 200 ml (setengah tin)
Susu pekat manis - 2 sudu besar 
Gula - 1 sudu (optional. xnak manis sgt xyah letak)
esen vanila - 1 tutup
kismis-tabur
butter- 2 sudu besar cairkan.

cara-cara

  1. pukul telur + gula +esen 
  2. masukkan susu cair + pekat = kacau rata.
  3. sediakan loyang yang disapu butter tadi.
  4. susun roti yang dipotong kecil dan sapukan butter cair tadi kat roti. (ni untuk bagi roti rasa lemak) korang boleh je curah rata butter tu kalau malas.
  5. lepas tu, masukkan bancuhan tadi ke atas susu & tabur kismis/cip coklat/kurma 
  6. Kukus selama 20 minit.

sos :

ayu guna susu cair yg ada baki 1/2 tin tadi + gula  + air + bancuhan tepung kastard  = masak. (jangan lama sangat ya. takut ketul-ketul nanti.

very very easy ok.

kami sempat makan masa berbuka. makan panas-panas pun sedap. bau lepas masak tu. mak ai... sedapnya.. mmg teruja nak makan.
and then masa sahur ayu makan sejuk-sejuk.. pun sedap.. kesimpulannya, nanti nak buat lagi. weekend balik kampung nak buatkan untuk mak pulak. kikkiki

nota :
 korang jangan risau mengenai kuantiti bahan. sebab pada saya, x kisah macam mana pun. tu kan masakan kite. hehe, cth : xnak susu pekat, nak susu cair 1 tin mcm mana pun tetap akan menjadi punya. hehehe. :)
so, haruslah mudahkan ia agar kita gumbira memasak. 

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan


love,
ayu zan

17 comments:

Noor Atikah Ramli said...

ok.boleh try buat.hahahhaa

JunAina said...

Memasak ni kena kreatif asal bahan utama nya ada yg tambahan tu belasah je.

ayuzan said...

betul tu junAina. :)

IntaNBerliaN said...

a'aa betoi tu.. psl sukatan, xyah risau.. bedal je...hihii.. ikut kesukaan kita la ka.. ada yg suka manis, ada yg x.. :)

ayuzan said...

betul betul.
setuju sgt. sebab tu tgok kat blog akak. resepi jarang2 ada sukatan.hehe

biasanya resepi jenis2 kek la kot ada sukatan.

Abang Menaip said...

perghh.. nmpak sedap kot.

Permata Malap said...

wah,sedap tu,byk kismis..dpt kat AniqFiras,suka la dia...

ayuzan said...

zaki. mmg sedap. kui2..

ayuzan said...

ibu : wah. nama anak Aniq Firas ke? sedap nyaa. suka suka..

Unknown said...

pandai ayu buat..ringkas je kan.. myelerakan..

FiZah :D said...

wahhhh boleh try nie..thankz ayu sbb share =)

ayuzan said...

haah kak. ringkas dan sedap. cepat je..

ayuzan said...

sama-sama fiza. cube tau...

cik atie said...

1 of my favorite dessert... tapi pernah buat sendiri sekali je... Terfikir gak nak buat spnjng bulan puasa ni, tapi bahan2 xde kat rumah lak.. nanti g bndr, nak beli bhn2 la.. nak buat jugak.. hihihi...

ayuzan said...

sedap kan atie.. buatla.. puasa makan dessert ni sedap.. :)

Talkative Qalbie said...

Nyum.. nyum... lawat2 jalan2 singgah2 blog2.. hehe...

ayuzan said...

:) tq