27 January 2014

Risalah Hati

Assalamualaikum.

Ayu adalah salah seorang antara beribu pembaca & peminat novel fiqh, novel tarbiyyah, novel islami hasil karya Ustazah Fatimah Syarha.. Beliau study sarjana fiqh, jadi bila membaca karya berlandaskan ilmu dan kepakaran beliau, saya jadi suka dan yakin.

Sebelum ni pernah baca karya beliau, antara yang saya gemari Syabab Musafir Kasih, Sebarkan Cinta-Mu, Tautan Hati dan terbaru yang saya beli, Risalah hati. Risalah hati ni cebisan dari novel Aku Ada Wali (di dramakan di TV ALHIJRAH sekarang).

Dalam risalah ini, hanya tertumpu mengenai fiqh sekitar majlis pernikahan dan walimah.

Ayu membelinya ketika hampir-hampir nak nikah haritu. Itupun selepas ayu ber'private message' dengan ustazah fatimah mengenai isu inai. Mahu tahu fiqh berkaitan agar dapat ayu sempat betulkan yang salah dan tinggalkan mana yang tak perlu.. Isu fiqh memang banyak khilaf ulama, contoh isu seperti : wanita haid, boleh atau tidak masuk ke masjid? dalam buku ni kupas kedua-duanya. Memang khilaf ulama, ada yang kata boleh, dan ada yang kata tidak. Ayu mahu tahu secara dalam isu-isu fiqh ni agar tak kira khilaf mana pun yang ayu pegang, ayu tahu hujah dan ayu tahu dalil mana ayu pegang. Sebab, bila kita tahu, kita jadi yakin. :)

Banyak lagi isu dalam ni, contoh, ayu kan masa nikah ada cadang nak DIY pelamin kan (insyaallah recylce masa walimah juga)? dalam buku ini juga ada ceritakan si Qaniah Syumaila (watak utama) membuat mini pelamin beliau sendiri. :) Hukumnya HARUS selagi mana tiada unsur kesombongan, sekadar menjadikan memori & tempat memperkenalkan pengantin serta pengantin tidak membuka aurat. Jadi, tidak salah pun. Asalkan pengantin tak jadi 'ayam' ditabur beras. :)

macam-macam isu lagi seperti nasyid ketika walimah, kompang, sampul duit ketika salam, isu  mahar MUDAH atau murah dan macam-macam lagi isu fiqh yang seharusnya kita ketahui agar tidak tersalah tafsir.

risalah hati milik saya
Saya suka fenomena yang cuba diterapkan agar mengambil 'kesederhanaan' dalam urusan. Contoh ayu bagi : Walimah bukan hambar macam majlis kematian, bukan juga berdesing dengar orang karoke tapi memilih nasyid tanda syukur sebagai hiburan di hari bahagia. Nah! Islam itu membahagiakan. Bukan kejam sangat sampai hambar atau over sangat sampai tetamu nak berbual pun kena menjerit (karaoke kuat sangat), tapi hiburannya menyejukkan hati.

Untuk yang bakal bernikah, berwalimah atau ibu-bapa yang anaknya bakal nikah, risalah hati boleh jadikan sebagai kit menarik untuk bekalan anda. :)

Nak tau lebih, kena beli lah ya. RM 18 siap postage. Ayu pun beli online di sini : Sebarkan Bahagia Online

:) Just sharing.

9 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu, wahh bagusnya buku ni. pada B2B kat luar sana, belilah buku. buat panduan diri.. sheila nak beli satu untuk abg sheila nanti. thanks sharing ayu (",)

norhasnizakhalid said...

nice sharing ayu.. :)

msredcheesecake said...

tak tahu ada novel macam ni... jual online je ke?

ayuzan said...

@Sheila Salim waalaikumsalam. betul tu sheila. bagus ni..

Nurul said...

Macam best juga novel ni..

ayuzan said...

@msredcheesecake offline pun ada biasanya

JunAina said...

Menyerikan majlis dengan Qasidah dan selawat adalah sangat menyejukkan hati.

Story Nadya said...

nice ^^

Ainim Rashihah said...

nice sharing..tak pernah baca lagi novel tu