Inai!
pengantin perempuan mesti pakai inai kan. Baru nampak berseri-seri. dan dari sudut hukum pun tiada masalah mahupun percanggahan berat samada boleh atau tidak wanita memakai inai. Cume selalu yang mengelirukan ialah lukisan ukir ukir pada tangan tu yang meragukan kan? Haritu ayu ada baca buku risalah hati yang banyak merungkai kes-kes kekeliruan masyarakat mengenai adat-syariat dalam majlis kawin ni. Topik pertamanya mengenai henna lah.
Nak ukir-ukir tu selagi mana lukisan ukiran tu bukanlah berlambangkan yang bukan-bukan, seperti kepala binatang atau berhala. Dan hendaklah inai itu tidak melebihi pergelangan tangan dan buku lali. Tetapi memang ada ulama mengatakan tidak boleh kerana menyerupai tatoo dan itu adalah budaya kaum tertentu. tetapi harus diingat, yang diikut itu india. india pun ada yang islam, dan selagi mana ia perbuatan itu tidak mensyirikan Allah, maka dibolehkan. Seperti mana barat menggunakan sudu&garfu, tidak jadi masalah kita ikut. (saya rujuk ustazah fatimah syarha) Wallahua'alam.. Hormati pendapat lebih mendamaikan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
Dan kebanyakan mazhab/ulama mengatakan haram kecuali untuk sebab perubatan kerana dikatakan inai adalah perhiasan bagi wanita.
Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan
Mazhab Syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.
Manakala mazhab hanafi dan maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan keatas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.
Saya rujuk alhafiz.net
Dan
masa Nikah haritu, suami ayu memilih untuk tidak memakai henna ini kerana beliau kata beliau selesa follow pendapat Imam Syafie dan juga memilih menjauhi keraguan. Alhamdulillah, keluarga memahami pegangan suami.
Dan terpulang pada kalian. "Hormati perbezaan, lebih mendamaikan"
dan saya suka nak sebut di sini.. imam syafie berkata : "Pendapat saya betul, pendapat orang lain salah, tapi boleh jadi juga pendapat orang lain itu BETUL."
Jadi, hormati pendapat lain, sekalipun apa pegangan kita, selagi mana pendapat yang dikeluarkan punya dalil dan tidak lari dari Alquran & Assunnah moga-moga baik.
video ni ustaz azhar idrus ulas mengenai pemakaian inai untuk pengantin lelaki. Lihatlah, setiap hujah ada dalilnya. Moga-moga semua hujah dan pendapat dalam daerah pahala. in Sha Allah.
UPDATE :
ni video mengenai cara kita menerima perbezaan fatwa.
12 comments:
nice sharing ayu, mama dulu kawin, inai 10 jari je... berukir-ukir semua takde..
@Norhasniza Khalid
same goes to me mama.. ayu pun simple je tu. 10 jari.hehe
Bagus info ni Pn Ayu.. isu kekeliruan mcm inai ni pnting untuk dihebahkan.. walau terdapat pelbagai pendapat..x semestinya pendapat yg berlainan dgn pegangan kita itu salah..ckuplah kita yakin dgn pegangan kita dan hormati pendapat yang lainnya...
@Fizam M beza bukan salah kan? :) tq
bila ada yg kat aboleh ada yg kata tak boleh, akk selesa tak buat je...
masih terkenang-kenang zaman mula-mula kahwin, rasa macam nak inai tu kekal je selamanya...
Dah lama x pakai inai... dulu2 kawin, k nrl pun pakai inai 10 jari cam ayu tu je... tp tgk skrg dah macam2 jenis ukiran inai ada... ^__^
saya rajin pakai inai daun untuk sihatkan kuku..mula2 bila nmpk bercorak, teringin nak buat sebab lain skit dari kebiasaan saya..x smstinya pendapat lain is totally salah..tp pilihla yg terbaik..nak pilih inai pun kne berhati2 skrg..ada yang mengandungi bahan beracun..huhu
jelas penerangan dalam entri ayu ni.. comel inai kat jari ayu tu.. nak pilih inai elok yang segar dari pokok, yang jual di kedai tu ada yang mengandungi bahan kimia berbahaya.. :D
Perkongsian yg baik & bermanfaat.. t kasih.. :)
masa kawin Fiza buat ukir2 kat tangan tu.. tp masa tu tak tahu pulak hukumnye.. skrg dah tahu...thx atas perkongsian..
zaman akak kawin pun blm ade ukir2 segala tu.. (mcm dah lama..hihi..) mmg 10 jari je.
btw, cantik inai ayu.. :)
Post a Comment