baru-baru ni sejak-sejak dah nikah ni rezki berkraf nampak lebih banyak. Alhamdulillah... cume ayu je lebih membataskan untuk mengambil order-order. Sebab kalau banyak tu macam tamak pula.Takut tak terbuat. Ayu menghadkan diri untuk ambil order yang tak urgent. Jadi, tak lah ayu stress nak buat.
Biasanya orang order kraf-kraf item yang memerlukan khidmat ayu untuk design apa yang difikirkan ayu. meaning, ikut imaginasi ayu. Jadi, masa nak berkraf tu, ayu memang kena relax, tenang dan semangat. Sebab kalau buat nak tak nak, memang ayu akan dapat hasil yang tak 'semenggah'.
Untuk makluman, ayu ni bekerja. 8 pagi - 5 petang. Jadi, masa terhad pada waktu malam kira-kira jam 9 malam setelah solat berjemaah dan bertadarus bersama suami. Dan ayu jarang tidur lewat melebihi 11.30 malam . itupun kalau tak kemana-mana..sempat la juga nak menjahit.
Macam baru-baru ni ada akak kenalan ayu ni, dia tempah bantal hantaran. Memang benda yang ayu tak pernah buat pun sebelum ni. Kena balut dengan span, pastu balut pakai satin licin, pastu hias-hias. Kerja tangan yang rumit sebenarnya. Tapi tu lah, akak tu memberi sepenuh kepercayaan untuk ayu buat juga. huhu. Apepun ayu try la ya. Ni pun tengah on the way siapkannya... dan akak tu dah tambah order pun sekarang. Nak suruh buat selimut, sarung bantal dan siap sekali dengan begnya dan bertanda nama untuk dibawa ke nursery. hehe.. Yeye je kan.. ayu ni tak pernah buat pun semua tu. hohoho.
senget sikit disitu. uwaa... |
Sekian.
Entry ini berbentuk luahan aje....saje je.. nak cerita-cerita perasaan kan. hihihi
5 comments:
cantik ayu, pandai ayu menjahit dan mendeco..
Shida pun minat menjahit..tapi jahit manik2 kat baju kurung..tak sangka kawan2 office suka..boleh la wat side income skit..
ayu memang rajin dan berbakat dalam jahit menjahit.. boleh jana pendapatan sampingan. akak pulak kalau rajin bolehla setakat menghias baju raya..setahun sekali je kann..hihi
berbakat sungguh cantik hasil tangan ayu. Moga dapat terus maju dalam bidang menjahit :)
cantik la ayu..
Post a Comment