18 September 2014

Ayu Jual Barut Baby?

Assalamualaikum

Asalnya tidak terniat nak meniaga barut baby homemade ni. Ayu sekadar cuba jaya mengikut tutorial di internet sebagai persediaan buat barut anak sendiri sebab mak ayu kata barut di kedai baby jual tu terlalu lah kecil dan kejap aje dapat menutupi perut baby nanti.

Bila ayu dah try buat guna flannel dan cotton yang ada dalam koleksi ayu(sebelum ni jahit suka suka je) ayu mendapat tempahan dari rakan rakan terdekat yang mana ada yang untuk bakal baby sendiri dan juga ada yang jadikan hadiah untuk rakan-rakan atau sedara mara yang bakal menimang cahaya mata.

Contoh barut fabrik flannel yang ayu jahit.

Fabrik flannel yang ada dalam koleksi ayu. Ni untuk belah luar barut.

Bermula dari situlah, sambil-sambil buat untuk anak sendiri, sambil lah menjahit tempahan kawan kawan. Ayu ada kan beberapa jenis corak dan koleksi flannel untuk pilihan pembeli.

1- Fabrik
Masa cuba jaya tu ayu buat luarnya cotton dalamnya flannel. Tapi untuk jualan, ayu rasa baik ayu guna fabrik yang baik luar dan dalam. Maka, ayu guna material flannel bercorak di luar, dan flannel plain di bahagian dalam.

2- Ukuran/Saiz
Ayu buat 1 saiz sahaja. Iaitu ukurannya 19" x 6" (+-) yang mana mengikut bacaan dan pengalaman QC (mak ayu) barut boleh dipakai lama.

3- Harga
Untuk fabrik flannel luar dalam yang sangat selesa dan sesuai untuk bayi ini, ayu jual dengan harga :
3 pcs - RM 18
6 pcs - RM 34
9 pcs - RM 50
12 pcs - RM 66

4- Ciri-ciri
*ukuran 19" x 6" yang cukup lebar untuk menutup perut ke dada bayi.
*material yang cukup lembut untuk kulit bayi.
*material luar yang cantik dan kemas.
*bahagian belakang barut melengkung untuk elak kena najis bayi.
*boleh pilih corak kain dan warnanya.
*sesuai jadikan hadiah, dan ayu boleh pos terus kepada penerima hadiah.

5- COD / Poslaju
Kalau ada yang nak jumpa dan ambil barut, sekitar JB boleh COD di Permas Jaya. Kalau poslaju pula RM6 semenanjung, RM9 sabah sarawak. Untuk kuantiti 12 pcs ke bawah.


Sebarang urusan pertanyaan/tempahan boleh terus email ayu : ayuzan@hotmail.com atau sms ayu 0103787836.

10 comments:

Siti Munirah said...

Wah best ni. Selamat berbisnes!!

Mar Mansor said...

semoga bisnes terus berkembang..

QasehnyaRania said...

wah.cayalah ayu. syiokk nya dpt jhit sendiri ye..
ayu ddk area permas jaya ke?
boleh la singgah mlwat ayu kalau ciksu ke sana.sbb cikabe planning nk trun jb.jumpa pakcik yg slalu ciksu bertndng smasa ddk dijb dlu.umh pkcik tu area plentong je..

Unknown said...

cantik! pandai ayu buat.

ayuzan said...

Tq kak uni..

ayuzan said...

Tq kak mar..

ayuzan said...

Haa..bila? Waaaa..nak sgt jmpa akk...

randomlyally said...

Kreatif ayu..kreatif dah boleh ditukar jadi duit..hehe. Tahniah n selamat maju jaya ayu.. :)

Unknown said...

cantik! mmg pandai ayu buat ni

Unknown said...

hehehe same ng kite la cik ayu..
asben yang jahit..
tapi ramai plak yg nak order
cume tak brani je nak buat tok org lagi
heheheheh
minat kite same pon