15 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 15 : Surat Untuk Seseorang

Assalamualaikum

lama bertangguh dah ni.. tapi still ayu nak teruskan cabaran.

Surat ni ayu tujukan buat anak yang dalm 3 bulan lebih je bakal ayu lahirkan.

Buat anak ummi yang dikasihi,

Masih ummi ingat lagi tarikh 5 Mei 2014 ummi dan daddy dapat tahu yang ummi mengandungkan anak ummi yang dikasihi ni.

Allahurobbi.. penuh rasa kesyukuran ummi dan daddy panjatkan kehadrat illahi. Hadiah yang ditunggu oleh ummi dan daddy. Terus tak sabar rasanya nak menatap wajah anaknda tersayang ni.

Masih ummi ingat lagi, masa ummi kerap spotting dan disahkan doktor threatened miscarriage, ummi menangis sungguh. Kerana makin hari ummi makin menyayangi anaknda. Ummi terasa sangat sangat tidak kuat seandainya ummi kehilanganmu sayang.

Masa ummi mengandungkan 24 minggu sayang ummi ni, ummi dan daddy bertambah teruja dan tak sabar nak tatap wajah kesayangan ni. Walaupun masa scan tu anak ummi punya sleeping time, ummi tetap seronok tengok anak ummi ni. Siap dapat tengok anak ummi ni menguap. berkali kali sayang ummi ni menguap. hihi. comel sangat. senyum senyum daddy tak sudah masa tu tau sayang.... Cume tu lah, gaya tidur anaknda ummi ni macam ummi, mengiring, so dapat tengok sebelah je sayang. Tak pelah, anak ummi nak kasi suprise kan? hihi.

Wahai harta ummi dunia akhirat,

Jadilah hamba Allah yang mentaati segala suruhan dan perintah Allah. Jadilah anak yang baik soleh/solehah agar bila ummi daddy tiada di alam fana ni nanti, putera/puteri ummi dapat mendoakan ummi daddy di sana.

Ummi daddy menyayangi kamu dunia akhirat....

tepek gambar baby masa 6 bulan. Tido mengiring. dan sebelah muka dia tali pusat kot doc cakap. so, tak dapat nak menengok penuh. hhihihihi. repeat scan 7 bulan kata doc.

Nota : doakan ayu selamat melahirkan kesayangan ayu ni ya.. due date jangkanya 9/1/15.

2 comments:

sitirohaida said...

mestilah untuk anak kan

Norma NML said...

Mudahah2an semuanya selamat..sayu je hati baca surat Ayu tu..bestnya nk dapt baby...:-)