23 September 2014

Pregnancy : pengalaman Minum Air Gula - MGTT

Assalamualaikum

22/9/2014 ayu kena minum air gula. Puncanya sebab berat naik. Tak banyk pun, terlebih 400gm dalam 2 weeks je. Tapi dah masuk syarat kan. Kena gak laluinya.

Malam sebelum minum tu kena berpuasa start dari pukul 10 malam. Ayu rasa macam dah terpuasa lebih awal sebab tak selera nak makan berat pun since petangnya. Hnya ambil yang ringan je.



Paginya.. Ayu dapat no.11 untuk minum air gula tu. Alhamdulillah, suami ambil cuti untuk temankan ayu. Semangat sikit isteri ni.hehe. masuk je bilik no.2, ayu di ambil darah untuk ujian semasa berpuasa dan sebelum minum air gula.

Ayu set otak.. Macam minum air teh tarik psl ayu kan suka teh tarik. Kikikiki..

Ok la kot pada ayu. Boleh lalu tekak ni. Baca bismillah dan teguk air tu dalam 3x. Kali ke 3 tu je ada payah sikit nak menelan. Tapi ok, xrasa nak muntah pun. Sebab dah set otak air tu manis gila, Ayu pun senyum jelah pas minum dan ajak suami balik rehat kat rumah. Nurse pesan, jam 10 datang semula.

Ayu balik rumah, cadang nak tidur. Sejam selepas minum air gula dalam kul 9 lbh tu, Baru nak lelap lelap sikit, terasa macam nak muntah.. Allahu.. Tahan sikit ayu. Masa ni dok psiko diri agar tak muntah. Tak mahulah kena minum lagi sekali.

Tahan tahan tahan. Dalam kul 10 kami dah ada di klinik. Masa orang dok sesak sesak ni lagi lah meloyakan ayu. Lagi nak muntah. Tahan lagi.. Sampai nak nangis tahan. Hahaha

Masuk je bilik pas ambil darah lega terus. Tak pulak nak muntah. Hehhe.terus ajak suami gi makan spageti kat pizza hut. Hihi.

Makan satu dua suap.. Aduhai. Xleh tahan dah. Lari lari anak gi toilet dalam jusco permas tu, dannnn... Uweeeekkkkkk!!!! Tak menyempat haa.. Habis penuh satu jamban tu dengan muntah ayu. Muntah pun kaler kuning. Gastrik menyerang rupenya..

Tulah..sape suruh malam sebelum puasa tu tak makan. Padan muka. Huhu..

Korang kalau kena minum air gula, jangan lah jadi ayu. Sebelum puasa tu tak makan nasi. Pastu susu pun tak minum. Hanya sebab dok riso esoknya gula tinggi. Hahaha. Akibatnya seharian sampai ke malam ayu tak sedap perut dan angin naik sampi kepala. Jadi 2 penyakit dah. gastrik dan sakit kepala. Huhu...

Nota : keputusan dia kalau tak ok,misi akan call. Kalau ok, next app bulan depan kot baru dpt tengok.

10 comments:

norhasnizakhalid said...

seksa minum air gula ni.. hihi

p/s: tahniah ayu... berdomain baru...

nurul aqidah azahar said...

memang nk muntah..skrg ni setiap kali prgnt kena minum..ade org kena minum 2 kali..kang nk dkt2 brsalin kena lagi

randomlyally said...

Bacapun..ngeri..terkenang kisah lama..hihi

sinuha said...

get well soon :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

boleh bc je sbb cleh bayang cmne..huhuh

Syamimi Saad said...

xsuka btul bila kna minum air gula.. Loya tekak..

Permata Malap said...

ada kawan akak kata sekarang dah wajib minum air gula.tapi masa akak preg ari tu,takde pula minum air gula.terbayang gak kalau akak kena minum..aiyo..dahlah akak tak suka sangat rasa manis-manis ni..;)

Unknown said...

memang nak muntah.. jijah dulu minum suam2 panas.. alhamdulillah sedap je minum..hehe

memmetlenggeng said...

MGTT? first time minum dulu pening kepala macam nak muntah..teruk betul rasanya..Tp bila dah tiga, steady je

Unknown said...

kene jugak sekali tu...
sbb raye kan
makan banyak sgt