02 October 2013

Percaya Pada Khatamun Nubuwwah Adalah Syirik

Assalamualaikum.

Tajuk harini agak serius. Bila terbaca kat blog Firdaus W.H Wong mengenai khatamun Nubuwwah ayu terasa penting untuk dikongsi buat teman-teman tersayang. Yelah, bila kita sayang kawan-kawan.. kita mesti tak nak kawan-kawan syirik.

Pernah nampak?

ni lah dia
Pengalaman ayu sendiri pernah menerima helaian ini katanya disuruh ditampal dipintu rumah agar pencuri tak masuk dan juga pelbagai khasiat dan hikmah lain. Namun, Alhamdulillah syukur. Ayu mampu berfikir waras ketika itu. Ayu tak pun tampal kat pintu atau dinding rumah. Sebab pada pendapat ayu ketika tu, kan semua tu Allah punya kuasa. Kan ke baik kita doa minta dengan Allah. Kenapa perlu tampal? Dah macam azimat/tangkal pulak sebab begitu bergantung padanya.

Panel Kajian Aqidah kali ke-45/2012 telah memutuskan bahawa kepercayaan terhadap "Khatamun Nubuwwah" dengan gambar rajah tertentu, tulisan tertentu dan khasiat tertentu adalah tidak mempunyai sebarang asas daripada al-Qur'an dan al-Sunnah. Kepercayaan terhadap "Khatamun Nubuwwah" seperti yang dinyatakan adalah perbuatan khurafat dan bid'ah munkarah serta boleh membawa kepada syirik. 

RUJUKAN :


sebarang soalan boleh refer kepada beliau.

10 comments:

TelingaBulat said...

TB pon pernah dapat..siap dapat minyak wangi lagi tp xgunekan pn sbb was2..kekadang owg ni macm2 cara die nk persaya kan kite..ayu pn hati2 tau ;)

Mizz Aiza said...

bahaya tu kalau percayakan kepada benda macam ni.. boleh jadi khurafat dan syirik pula nanti..

Mizz Aiza said...

bahaya tu kalau percayakan kepada benda macam ni.. boleh jadi khurafat dan syirik pula nanti..

JunAina said...

Akak sekarang bimbang kalau menerima helaian amacam tu atau membeli buku2 agama sendiri pun sebab banyak sgt penyelewengan, kita pun bukan arif sangat bab maksud ayat2 yg ditulis.

ayuzan said...

@JunAina betul kak jun. mmg kena hati2.. buku2 agama make sure publisher boleh dipercayaai..

ayuzan said...

@TelingaBulat

minyak wangi 1st time dengar.. ish. lg takut minyak2 ni.

Lily said...

info yg sgt berguna.. tq ayu:)

Unknown said...

Rasa macam saya pun pernah dapat la..yang katanya boleh ubat macam2 penyakit..katanya lagi boleh rendam dalam air lepas tu minum..tapi lama dah dulu..bahaya nih kalau ada yang mudah percaya..boleh terpesong

Khir Khalid said...

Betul tu.. dalam x sedar, perkara mcm ni dah jadi syirik sbb bergantung kepercayaan kpd benda tu pulak, bukan Allah... Nauzubillah..

memmetlenggeng said...

Bukan setakat benda-benda macam ni je ayu, kadang-kadang nak belajar agama pun kena hati-hati, takut ajaran sesat