03 October 2013

Petir dan Kilat

Assalaimualaikum.

tadi hujan lebat, angin kuat beserta guruh petir kilat sabung menyabung.
Astagfirullah.. Memang ayu rasa gerun jugak tadi. So, terasa nak sharing mengenai Petir dan Kilat ni dari 2 sudut. Perspektif Sains & Islam.

Yela, sebab islam dan sains tak dapat dipisahkan.

Menurut SAINS~


Udara yang turun naik di dalam awan ribut petir mengakibatkan pemisahan cas positif dan cas negatif. Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan atmosfera cukup besar untuk mengatasi kesan penebatan udara. Kilat boleh terjadi samada di dalam awan, dari awan ke awan, atau antara awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 10 batu dari kawasan hujan tersebut.

Udara berhampiran kawasan yang dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 27,000°C - iaitu lebih panas daripada permukaan matahari. Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan rencatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh.

Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan rencatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh. Akibatnya, udara tersebut terbias melebihi kelajuan suara (bunyi) walaupun rencatan gelombang kembali ke gelombang suara normal dalam jarak beberapa meter. Gelombang suara terbentuk mengikut udara atmosfera dan bentuk permukaan selepasnya.


Menurut Islam.


Ayu masih ingat lagi cikgu pernah cakap, petir kilat sabung menyabung tu tandanya Jin mahupun syaitan sedang dipanah. 

Tapi zaman kecil-kecil dulu, cikgu agama lebih selesa menjelaskan setakat itu sahaja mungkin kerana pemahaman anak-anak ketika itu tidak begitu tinggi, sehinggalah ketika ayu mendengar slot Tanyalah Ustaz (kalau tak silap) barulah ayu tahu kenapa Jin dipanah. Jin dipanah kerana mereka cuba mencuri dengar takdir ALLAH kepada sekelian umat manusia. 

Sebab tu, orang yang tukang tilik tidak boleh dipercayai sebabnya tukang tilik tu pun dengar dari jin dan syaitan, sedangkan jin dan syaitan tu tak sempat dengar pun dah kena panah. Semua yang dikatakan jin dan syaitan itu adalah tipu daya mereka untuk menyesatkan manusia. Zaman sebelum lahir Nabi Muhammad, memang syaitan dan jin bebas curi dengar. Namun, selepas lahir baginda rasul, mereka tidak lagi boleh berbuat demikian.

Sekadar berkongsi ilmu yang sedikit ini. :)

sumber : Haruman Mawar - Korang boleh ke link itu untuk baca dengan lebih detail lagi.

9 comments:

Suri Sutera said...

good info.... rahsia Tuhan...

norhasnizakhalid said...

mama asyik peluk sufi je. dia menangis ayu... takut agaknya..

Mar Mansor said...

betul tu..kuat betul petir tadi..

Unknown said...

yumida pun takut la ayu kalo ujan berserta kilat
x tenteram nak tdo
risau je hati ni
aah..yumida umur 29 thn

Khir Khalid said...

Subhanallah.. thanks sharing ye..

CD said...

baru la jelas kenapa.. tapi, kenapa selepas baginda rasul, mereka xboleh mencuri dengar?

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak ayu. thanks for sharing. masa kecik dulu pun sheila dengar syaitan dipetir masa hujan.. setakat itu jelah.. hehe kalau ikut sains, taktahu. hahhaha.

Sis Laish said...

nice.. combination of science & islamic.. =)

Hi dear.. salam perkenalan..
Jemput join contest kami di http://laishcloset4u.blogspot.com/p/vintage-contest.html ya..
Boleh dapat hadiah best!! Ajak rakan-rakan lain sekali tau. The more the merrier =)

memmetlenggeng said...

kalau kilat, jangan duduk kat bawah pokok ye!