02 October 2013

Tragedi Oktober

assalamualaikum

ayu tengah tak habis menggigil lagi. Tadi masa on the way pergi kerja.. Ayu telah dilanggar oleh seorang warga singapore yang mengundur kereta tanpa tengok-tengok.. Ayu pun sempat juga lah mengelak.

Tapi... (-_-) nasib ayu kurang baik, bummmm! Mercedes dia hentam Cik Lisa ayu (Kelisa). Apa lagi.. Gigil satu badan. Parking tepi.. duduk diam-diam. Tarik nafas, istigfar. Sempat ayu berdoa agar kereta ayu tak teruk dan orang yang langgar tu bukan jenis marah-marah dan mengaku salah. Yela, even ayu tak salah, ayu tetap takut. sebab.. this is my first time. sampai la encik singapore tu datang kat kereta ayu, baru ayu keluar..... *kena jemput.* Melayu Islam rasanya..


kesian cik lisa ayu. Luka dah. Siap kemik sikit.

ni merc yg nambrak kereta ayu
Merc tu tak kemik. Luka pun tidak. Melecet je. Yela.. dia besau. Kita kecik.

Encik Singapore yang melanggar tu setuju nak bayar kos baiki (RM350) ayu dah tanya kedai dan minta kedai keluarkan kenyataan untuk ayu tunjuk encik singapore tu.. Tapi bukan harini nak perbetul, tapi sabtu ni. Ayu dah deal melalui telefon, harap-harapnya beliau menepati janji orangnya.. Apepun, Ayu serah pada Allah..

Nota Syukur : Alhamdulillah ayu selamat. Tak cedera apa-apa. Cube dek terperanjat. Ayu macam demam semula dah. :-(

14 comments:

norhasnizakhalid said...

ayu, hati-hati ayu, orang singapore ni bukan reti sangat jalan-jalan tempat kita ni. memandu kat sini macam negara mereka.. mama serik kena dengan mereka ni...

Unknown said...

alhamdulillah
hanya keta ygtercalar
huhuu..abg merc
nasib baik orgnya senang dirunding
yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

Unknown said...

Nasib baik skit je. Hati2 tau...

PCL said...

Syukur alhamduillah. nampak tak teruk sangatkan..ok lah dapat ganti rugi lg...yg penting tiada yg cedera.

Karya Mahirah said...

adakah dia mr. arrogant hehehe... ayuuuu.. akak pon pernah jugak kena cam tu.. yg peliknya... kereta dia tak de sensor keeeee??? nampak kereta tu cam mahal je... tp tak dek sensor ya? sabo je la...

randomlyally said...

Syukurla cuma kereta yg 'cedera'. Moga dilindungi Allah selalu..

memmetlenggeng said...

hati-hati selalu ayu ye,..

nae nematoda said...

nasib baik , tak luka...

Khir Khalid said...

Syukurlah.. dugaan tu mmg dtg dlm pelbagai cara.. mujurlah x teruk.. sabar lah ye :)

biskutcelup said...

nasib baik ayu tak ada apa2 kan..syukur :D

Unknown said...

Kesian Cik Lisa...

Mar Mansor said...

alhamdulillah ayu takde apa2..& syukur org singapore tu memberikan ganti rugi y setimpal..

Lily said...

syukur alhamdullilah x jadi apa2 kat ayu.. moga bersabar atas musibah yg melanda:)

Kakcik Seroja said...

semoga dia menepati janji