30 October 2013

DIY goodies bag

Assalamualaikum..

Simple label in progress
Sekarang kan trend, semua DIY sendiri. Termasuk label/tag, goodies bag guna brown paper bag untuk majlis-majlis kenduri kahwin, aqiqah mahupun doa selamat.

Banyak kebaikannya..

1- JIMAT. Sebab kita beli beg kertas goreng pisang tu baru rm3.20 untuk 100 pcs kat maidin.
Kalau beli yang plastik siap tu habis murah ayu tengok sepaket (50 pcs) dah rm5+(maidin). Tu pon comel alahai..letak gegula lepas kot.

RM 3.20 / 100 pcs = RM 0.032 untuk 1 beg. kalau add sekali reben or printing label pun masih boleh adjust tak jejak 5 sen 1 beg. Ayu pernah deco sendiri masa kenduri arwah dulu.

2- JIMAT. eh, jimat lagi sebab majoriti kan ada printer sendiri.. Design tag/label dan print out sendiri. Ala.. Design lawa-lawa then print kemudian tampal. Kertas A4 kan murah. Hehe. Nak comel sikit beli reben hias-hias.

3- Kurangkan pencemaran. Sebab kalau kita kasi beg spesis plastik, orang buat sepah-sepah kan susah nak terurai. Biasalah.. Beg nya orang tak berapa pandang..orang ambil isi dalam aje.hehe
4- puas hati. Sebab kita kan deco sendiri. Warna ke.. Design tag ke.. Reben ikat gaya apa ke.. Semua pilihan sendiri. Tak lawa pun pasti puas hati sebab kita usaha sendiri dan JIMAT. Eh.. Jimat lagi. Hihi..

lawa gak kan simple je

Tapi ayu faham.. Ada jugak beberapa sebab DIY goodies from paper bag ni tak disukai sesetengah orang.. Sebab :

1- tak 'grand'. Yela. Brown paper bag maidin tu biasa orang isi goreng pisang aje.

2- buang masa. kena penat lelah untuk deco sendiri label/tag atau hiasannya. Yela, kan kena tilik2 benda tu makan masa...sesetengah orang, busy dengan kekangan kerja, memang tak ada masa nak DIY untuk event-event ni.

3- sebab tak leh letak barang berat. Contoh : mug. Kang letak jugak dalam tu jadi sebab pulak bobos beg cekolat tu.hihi. kita pilih beg ikut keperluan lah kan.hehe


update : masa nikah, ayu kasi tasbih macam ni.. macamne pun kekalkan jimat juga.hihi

manatau bole inspired korang. tempahan pun ayu amik.

Tu antara pendapat yang terlintas untuk ayu kongsi.. May be kawan-kawan ada pendapat tambahan ??



UPDATE 24/12/2013

Ayu jual tasbih. Tasbih mini yang murah dan berkualiti tinggi. malah cantik. :)

korang kalau nak order untuk wedding ke, kenduri ke, atau majlis apa-apa sekalipun, atau nak beli sedekah kat mana-mana ke, boleh terus hubungi ayu..0103787836

Photo


sms / email ayu untuk maklumat lanjut.

sms /whatsapp : 0103787836
email :ayuzan@hotmail.com
fb : ayu zan gallery / tasbih murah
tasbihborongmurah.blogspot.com
Published with Blogger-droid v2.0.10

8 comments:

memmetlenggeng said...

akakpun prefer beg kertas gak nak isi goodies ni..tak mencemarkan alam dan lebih smart

Asha Lya said...

kita cadang pun memang nak guna brown paper bag nie..masih dalam perancangan.:)

Siti Munirah said...

Kak uni pulak tak berapa rajin nak diy utk goodie bag. Selalu beli yg dah siap sbb nak jimat mase.

Unknown said...

ayu.. satu idea lah... aqiqah hakimi nnt nak guna goodies camni je.. alaa murah pon kalau dah DIY cantik gak t..

Mizz Aiza said...

sepupu akak kahwin dulu semua dia diy.. memang menjimatkan..

Fais-SKA said...

yg bt ikut kreativiti la yg pling sy suka..biarlah orang tgok xgrand pn =) jnji kita bt ikut kmampuan, nk2 time kawen..kawen ni utk gembira..bkannya utk pning kpala pkir bajet..kan3

Khir Khalid said...

DIY yg kreatif lagi menjadi tarikan & sgt menjimatkan.. :)

Permata Malap said...

bagi akak,DIY ni menjamin kepuasan sendiri sebab hasil tgn sendiri.tpi kekreatifan itu amat penting..;)

tapi jenis akak ni tak reti nak DIY.so,akak tpaksalah beli yg dah siap..hehe..