24 October 2013

Perpustakaan Di Rumah

Assalamualaikum

malam ni ayu nak share sikit impian ayu sejak dari zaman sekolah.
ni perpustakaan mini betul ni.hehe..
Nak miliki 1 perpustakaan mini kat rumah. Memandangkan tak ada dana, ayu mulakan dengan rak kecil untuk susun molek-molek buku yang dimiliki. 
Rak buku dua tingkat ni jadi pilihan. Ini untuk rumah ayu kat JB. untuk rumah mak kat kampung pun ada 1 rak lagi (3 tingkat). Dan beberapa buku lagi kat tempat kerja. Buku belum banyak koleksi, masih kira diperingkat awal mengumpul buku-buku. Sebulan 1 buku.

Masa usia kanak-kanak memang ayu dan buku tak dapat dipisahkan. Masuk pertandingan bercerita sejak umur 6 tahun dek kerana minat baca buku cerita.  Mak kata, ayu tak ubah macam arwah abah, minat membaca sangat-sangat.

Zaman remaja pula, ayu banyak membaca jugak tapi lebih kepada buku-buku versi novel-novel cinta dan majalah pula Dara.com. 

Tapi mungkin sejak umur meningkat dewasa ni, bahan bacaan jadi berubah lebih matang. Ayu jadi berfikir lebih jauh untuk mencari bahan-bahan yang menginspirasikan diri untuk menjadi lebih baik. Yela...umur-umur macam ni bakal-bakal jadi isteri dan kalau Allah izin satu saat nanti mesti lah nak jadi ibu juga, ofcoss la ayu nak jadi ibu yang berilmu. Agar anak-anak pun mencintai ilmu. :) Mak borek, anak rintik. hihi. Jauh kan fikir..hihihi

Ayu ada beberapa contoh sumber inspirasi perpustakaan di rumah :

ni perpustakaan rumah wardina safiyyah.
ayu suka kalau design bilik/ruang tu boleh jadi ruang solat dan mengaji juga. 

yang ni classic ni. sejuk mata memandang
banyak kebaikan perpustakaan di rumah ni. Ia memupuk minat membaca terutama buat kanak-kanak. Mungkin pada sesetengah individu, banyak bahan boleh baca kat intenet aje... tapi ayu tetap suka kat cara membaca tradisional dengan buku berbanding e-book. Sebab rasa puas dapat tengok buku-buku tu. hihi (-_*)

Nota : Korang ada tak pasang impian macam ayu?

16 comments:

surihati said...

ayu, rumah parent akak ada la mini library.. umh sewa sndiri nan hado.. sbb nak pindah... so x der la nak deco over sgt.. :) neway.. gud ayu!!

Teena Tna said...

Yup, saya pun nak ada satu bilik khas sebagai perpustakaan di rumah. Sebab bilik saya tak muat nak simpan byk buku. Nanti bila ada rumah sendiri boleh lah buat.

Ana Jingga said...

permulaan yang baik Ayu Zan: ana juga mulakan dengan rak kecil dari usia anak2 4-5 tahun dan kini alhamdulillah bertambah rak demi rak...salam ukhwah

athiqi ariff said...

alhamduliLLAH krn suka membaca..insyaALLAH impian ayu kan trlaksana..bagus budaya suka membaca ni..org melayu kita sbnrnya msh kurang membaca..hehe..all da best to ayu..

Fais-SKA said...

Bguslah =) ada impian..inshaa'Allah pasti mnjadi 1hr nnti..membaca mmg bgus..smua orang pn minat mmbaca..cuma bhan bacaan je yg membezakannya

wanariahamiza said...

Betullah. Saya pun idamkan perpustakaan di rumah sendiri. Setakat ni, saya pun cuma guna rak kecil untuk simpan koleksi buku. (Tak banyak pun). Hehe. Semoga impian Ayu Zan tercapai!

nae nematoda said...

sama la kita :D
kat rumah pun ada 1 rak buku , banyak buku + majalah + komik , sampai tak muat hah...

cik atie said...

salah 1 impian atie gak tu... tapi atie ni, novel je la banyak.. haha.. ape pun tak bole..

Suri Sutera said...

Tahniah! Blog anda telah terpilih untuk Segmen Kenalan Blogger Laman Sutera. Sila Semak. T.kasih!

Mizz Aiza said...

salam jumaat ayu.. teringin juga nak ada perpustakaan mini.. setakat ini akak beli rak yang kecil tu je sebab kekurangan modal.. buku akak banyak buku-buku dr hm tuah je.. novel akak tak minat.. hihi..

norhasnizakhalid said...

rajinnya ayu.. mama dulu masa sebelum kawin gini jugak, sekarang tak dapat dah... hihi

Unknown said...

bestnya da mini perpustakaann camni.. seronok..

FarahFerraDotCom said...

Insyaallah mmg tgh plan nk buat mini library kt umh nnti.
=D

Fiza Aizzawa said...

permulaan yg bagus.. pas nie boleh la wat rak yg besar2..

Tetamu Istimewa said...

Alhamdulillah, bagus tu kalau dah ada koleksi bacaan sedniri. Saya juga mengimpikan untuk memiliki perpustakaan mini sendiri. Masih mengumpul koleksi buku. Setakat ini sudah ada 300 buah buku dan 3 buah rak buku di rumah.

bintang_zue said...

blogwalking cari idea mini library orang malaysia..