28 October 2013

Menu : Apam Nasi (mudah)

Assalamualaikum

dah lama tak share menu-menu mudah dengan kawan-kawan.

jumaat lepas ayu merajinkan diri mengukus apam. Saje-saje.. sebab adik lelaki ayu yang kat study ILP berdekatan berhujung minggu kat rumah ayu, so, masakkan kuih-kuih gini masa ada dia baru layan. Meriah sikit makan adik beradik. hehe.

resepi apam mudah
apam nasi senang

Senang aje resepinya. ayu ambil dari kak yatie.(izin ayu share ye kak)

Bahan-bahan & caranya :

Step 1 :
Nasi 2 cawan
Gula 1 1/2 cawan
Air 2 1/2 cawan

*blend nasi bersama air. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga nasi hancur halus. Kemudian blend lagi dengan gula.

Step 2 :
Tepung Gandum 2 cawan
Tepung Beras 2 cawan
Yis (mauripan) 2 sudu kecil

* 3 bahan digaul satukan.

Step 3 :
*kemudian campurkan kesemua adunan step 1 dan step 2 gaul hingga sebati. Asing untuk warnakan. Titis pewarna (jika mahu). Dan Perap selama 3 jam. (ayu perap 2 jam pun ok)

Step 4 :
Panaskan pengukus, balut penutup kukus dengan kain, dan kukus adunan yang dimasukkan bekas kecil selama 15 minit. Kalau pakai loyang lama sikit kot. hehe

hidangkan dengan kelapa parut+garam.

12 comments:

Suri Sutera said...

Hmm.... sedapnya apam...hehe

norhasnizakhalid said...

sedap apam ni, mama suka gilerr..

sitirohaida said...

macam senang resepi nie..boleh la akak buat nanti..thanks sharing

JunAina said...

Cantik je kaler pinknya tu...

Khir Khalid said...

Sedap.. tiba2 teringan pulak nk makan mlm2 ni.. manalah nak cari.. :D

Sally Samsaiman said...

ada lebih..? hahaha :)

yayaaa ismail said...

waaa sedapnyaaa ! nak suruh mak buat lah . hihi .

Permata Malap said...

wah,comelnya apam ni,ayu..pink gitu..akak dah sarapan tapi masih terliur tengok apam yang ayu buat ni..sedapnyer..;)

surihati said...

mmg sedap apam ni ayu.. kalau suam suam, lagi kick kan..

Fais-SKA said...

pndai bt =) sy suka jga mkan..tp suka mkan apam saje..

Nolizawati Mohd Saad said...

Alhamdulillah, tengah kukus apam ni lagi. Anak akak yang darjah 5 buat. Adiknya kata sedap dari kt kedai. Tqvm atas resepi tu ye..memang mudah sangat..

IntaNBerliaN said...

sedapnya.. terliur la plak :-)