20 September 2013

5 Perkara Bawa Wanita Ke Syurga

Assalamualaikum.

Salam Jumaat kawan-kawan. Sempena Jumaat penuh barakah ni, ayu nak share 5 perkara yang membawa wanita itu ke syurga. Ya, Siapa tak nak syurga kan?



1-Melaksanakan kewajipan agama.

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

2-Mentaati suami

Hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

3-Selalu mengingati Allah (zikrullah)

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

4-Solat malam

Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.

5-Berbuat baik dan banyak bersedekah

Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam

bukan senang kan nak raih syurga? Dan wanita-wanita ahli syurga tu sememangnya hebat. Semoga kita dapat jadi wanita dambaan syurga dengan melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya.

Nota Hati :Siapa tonton drama Cinta Jannah mesti perasan, ustaz talha ada remind tentang hadis Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga. Mana yang baik, tak salah kita ambil dari drama, tapi jangan sampai lalai solat ya. :)
 Olahan dari artikel : Islamituindah

6 comments:

norhasnizakhalid said...

kaum hawa adalah paling senang masuk syurga jika betul gayanya kan ayu..

Illya LeYa said...

Betul tu...wanita mudah untuk ke syurga jika apa yg dipintanya dilakukan dengan sempurna, ikhlas dan jujur. Lagi2 wanita yang telah bersuami..

Tedi {interpretZZ} said...

Tedi singgah, join dan menabung Save22 & MilkDeal :)

Mizz Aiza said...

salam jumaat.. perkongsian yang baik.. bersama kita mengamalkannya.. :D

cik atie said...

in sha Allah.. sama2 kita berusaha utk mendapat pengakhiran yang baik..

Unknown said...

nampak macam senang tapi dia punya dugaan syaitan... mudah mudahan kita tergolong wanita jannah :)