22 September 2013

Tegar 8 Juta Views

Assalamualaikum.

tadi pagi ayu tengok MHI.
Dah aim dari semalam nak tengok MHI sebab nak tengok Tegar.
Korang mesti kenal adik Tegar kan? Pengamen dari Indonesia yang hot meletops sekarang dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang.

Sebak sebak ayu kisah hidup adik tegar ni. Dalam usia seawal 4 tahun dah menyanyi di jalanan sambil meminta sedekah. Cekal & tabah. Dan masa kat MHI tadi, kebanyakan jawapan dia ayu suka sebab... dia akan jawab dengan perkataan "Alhamdulillah". Tak semua lahir dalam keadaan nasib yang baik, tapi semuanya rezki dari Allah. Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kita. Tengok je lah aturan Allah ni, ditakdirkan Allah kini Tegar mengecap kemewahan dan dapat bantu famili dah sekarang.

Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya (Ali 'Imran 3 : 37)


korang boleh tengok ayu printscreen. video Tegar cecah 8 juta lebih penonton. 

Pada ayu, ayu lebih menyukai fenomena seperti tegar ini berbanding fenomena PSY dulu.
setidak-tidaknya kisah tegar yang tegar ini menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak jalanan seperti beliau agar mempercayai kekuasaan dan takdir Allah.


Jom layan video ni. Gambaran kisah kehidupan Tegar Septian.



:)

3 comments:

cik atie said...

atie pun tengok pagi tadi. memang betul-betul tegar adik tegar ni.. :)

JunAina said...

Akak tak sempat nak tengok pun.

Mama said...

alamak.... mama tak tengok..