Ayu ada kisah nak cerita. Buat pengajaran kalau kita jadi bos satu hari nanti, bertimbang rasalah.
Kes 1
Isnin, Selasa kebetulan cuti umum. Rabu Ida memohon cuti memandangkan Ibunya merancang untuk mengadakan kenduri arwah.
"Cuti awak tak lulus rabu tu" Kata Bos
"Kenapa puan?" Tanya Ida.
"Sebab ada program Rabu tu lebih penting berbanding kenduri awak tu. Lagipun, tak ada awak, tak da nya majlis tak berjalan. Macam mak awak tak ada anak lain je." Jawab Bos.
"Bos, tu kenduri Arwah Abah saya. Harap sangat bos memahami. Kalau saya tak ada, macam mana mak saya nak ke pasar belanja, dan siapalah nak diharapkan memandangkan adik-adik saya masih kecil." Rayu Ida.
"Lepas program, pukul 5 awak balik la Muar. Ala..Muar JB dekat je." Jawab Bos.
"ye bos. terima kasih la banyak banyak sebab memahami." Sedih Ida.
Selasa ida drive balik JB. Rabu petang lepas program Ida balik Muar semula. Ye, tak jauh. Cuma 2 jam lebih. Tapi, duit yang lebur tengah jalan? Perasaan ibu dikampung? Itu yang sedih kan?
Kes 2
Ahad kenduri rumah saudara. Ibu minta Nor hantar ke Kota tinggi. Dan Nor mohon cuti Isnin demi melancarkan perjalanan. Sebab Nor kena hantar Ibu ke Muar kemudian balik ke JB.
"Cuti awak tidak diluluskan," Kata Bos.
"Tapi kenapa puan?" Tanya Nor.
"Sebab cuti Isnin bersambung Sabtu Ahad, tidak dibenarkan" Jawab Bos.
"Tapi, urgent puan. Saya ke Kota Tinggi Ahad tu hantar mak saya ke majlis rumah saudara. Lepas tu, saya akan hantar mak saya pulang ke Muar semula. Dan saya takut malam-malam nak drive balik JB tak terlarat je puan. Harap puan faham." Rayu Nor.
"Mak awak tak kan tak da saudara lain ke?"Bos tanya dengan muka menyirap darah.
"Saya anak sulung. Saya sorang je ada kereta. Ayah pun dah tak da." Jawab Nor.
"Tak boleh ke suruh mak awak balik lambat?" Tanya Bos.
"Mak saya kerja Isnin puan." Jawab Nor jujur.
"Memandangkan Mak awak bekerja, mesti dia tahu prosedur kerja. Mana boleh minta cuti sebarangan." Hujah Bos.
"Ini bukan saja-saja bos. Saya harapan mak. Takkan saya nak suruh mak saya naik bas?? Ini pun demi nak jaga prestasi kerja saya, takut isnin tu saya terlambat masuk sebab kepenatan driving ke hulu ke hilir.. Sebelum ni pun mana pernah saya minta cuti suka-suka" Hujah balas Nor. Dia terasa sebenarnya.. Sebelumnya, dilihat rakan-rakan begitu mudah cuti bersambung even bukan masalah besar atau penting.
"Tak payah pergi majlis tu. Bukan majlis awak pun. Tak penting. Atau, hantar mak awak malam isnin tu, lepas tu, isnin masuk kerja. Ingat, isnin tak boleh cuti" Sedap sedap bos cakap.
"Tak pelah puan. Terima Kasih banyak-banyak-banyak." Akhir kata Nor dengan hati yang remuk.
Yang besar tak selalu betul,Yang kecik tak selalu salah.
tapi selalunya.. Yang kecil ibarat mentimun, yang besar ibarat durian.
6 comments:
Sedih pulak eiqa baca :(
Harap akak sabar yee..
Itulah setengah orang, dia tak paham situasi kte..
dia tak de dekat tmpat kte senang la ckap mcm tu..
susah nak dapat bos yg betul2 memahami.. akak zizie pernah cerita masa dy mengajar kat ganu, ada sorang akak ni kena pergi medical check up sebab dy ada sakit apa entah, tapi guru besar xbagi... memang susah la dy nak keluar sekejap utk gi jumpa doc, sebab guru besar xbg.. last2 dy asyik ambil mc.. satu hari, dy meninggal, memang guru besar tu rasa bersalah.. masa akak zizie preggy, akak zizie minta cuti separuh hari, terus dy bg takut benda sama berulang.
eiqa. memang sedih citer ni
zizie : kan..ssh nk cari bos baik.
nak dapat bos yang betul-betul memahami kita memang susah.. tapi tak dinafikan ada juga bos yang baik dan bertimbangrasa..
bersabarlah, Allah sentiasa bersama dengan orang yang bersabar
sabar ye,ayu.mmg ada durian yg macam tu...suka nak buli timun.tapi kalau durian buli timun,boleh la terima lagi.kalau timun buli timun yg tak leh nak terima tu..tapi adatla kat dunia ni.
barulah lega dapat blogwalking..
Post a Comment