12 September 2013

TIPS : Masuk Rumah Baru

Assalamualaikum

memandangkan ayu ada post entri berkaitan tips nak kasi hadiah untuk kekawan yang pindah masuk rumah baru, ada pulak new keyword yang menjengah {Tips Masuk Rumah Baru}

so, ayu terasa nak citer sikit lah tips tips ringkas untuk u olls yang nak pindah rumah berdasarkan pengalaman sendiri.(1thn lps)
gambar masa 6 hr baru pindah masuk. hehe. perabot tu disediakan oleh pihak kerajaan ya..

Rumah yang baru kita nak masuk ni terbahagi kepada beberapa jenis :-
  1. rumah fresh yang kita beli. Atau kita adalah penyewa 1st.
  2. rumah sewa/beli yang telah beberapa kali bertukar tangan tetapi semua nya islam.
  3. rumah sewa/beli yang kita pasti sebelum ni bukan islam. *ini situasi ayu*
okey, ayu mengalami situasi ke 3. Semestinya berat sikit.
ayu menyewa rumah keluarga india beragama hindu. dan yang ayu dengar cerita, sbelum india tu..cina beragama budha yang sewa. ayu agak beruntung sebab ayu dapat rumah yg 80% bersih tak ada lah ditinggalkan sampah sarap oleh penyewa sebelumnya. Ayu kan sewa kuarters kerajaan, mana ada tuan rumah nak datang bersihkan.hehe
  1. 1st thing ayu buat ialah.. Masuk rumah, pasang laptop dan play surah albaqarah. Ayu mmg rancang nak baca sendiri..tapi sebab masa tu nak mengemas dulu, kami pasang surah tu kat laptop dan nanti dh usai semua baru baca sendiri. "sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." 
  2. Lepas tu masa mula-mula nak sinsing lengan baju nak mengemas ni, korang kena la makesure tiada sampah sarap yang ditinggalkan dalam rumah.. kalau ada, bersihkan dulu dan buang.
  3. Ayu cek semua pili air kat rumah. Sebab ayu merancang untuk samak guna tanah liat. walaupun ayu ada dengar dari ustaz/ustazah, kalau kita yakin tak ada anjing atau benda-benda mughallazah kat owner sebelumnya kita tak perlu samak, tapi ayu macam was-was sikit sebab penyewa situ dari awal adalah bukan islam. Ayu bancuh air tanah dalam baldi. (Tanah liat ambil kat kampung). kemudian, ayu gunakan mop lama yang orang tu tinggal kat situ dan mula meratakan air tanah tu ke seluruh lantai rumah. Termasuk gak dengan almari dapur, ayu ambil kain..dan ratakan ke seluruh almari. lepas tu, ayu siramlah dengan air paip sampai bersih. dan seterusnya..proses tarik air guna penarik air tu.. dan last sekali.. baru ayu bancuh air untuk mop guna pewangi lantai.*ayu rasa..selepas samak tu, ayu dapat rasa perbezaan. iaitu dari segi bau. bau-bauan sebelum ni sangatlah kuat. dan begitulah hebat Allah mencipta "samak" yang sgt-sgt berguna. bukan aje bersih, malah bau pun hilang.*
  4. selepas kering semuanya.. masuk waktu magrib, dan kenalan yg sama-sama bantu ayu dan adik-adik mengemas tadi azan di setiap bilik, dapur dan ruang tamu rumah dan laksanakan solat magrib.
  5. Dan after dah settle proses pembersihan.. baru lah ayu sikit demi sikit kemakan barang-barang.
Bila dah menetap, korang janganlah lupa untuk sentiasa membaca alquran selalu, sebab rumah yang dibacakan alquran in sha allah dijauhkan dari gangguan syaitan...

okey, done. apepun.bila kita buat apa-apa..mesti jangan lupa landasan islam. Back to fitrah. Islam tu agama fitrah..semuanya ada guide line..terserah kita lah, samada nak jadikan islam cara hidup ke tidak. :)

sumber mengenai samak rumah : alhafiz.net

10 comments:

Cik Aann said...

rumah sewa saya sekrang ni bekas india yg duduk..india tu pindah rumah sebelah.. b4 masuk rumah ni memang saya dh buat macam awak buat.. tapi disebabkan india tu duk umah sebelah n dia selalu memuja.. selalu la saya kena kacau.. b4 ni tiap2 malam bunyi macam org main guli kt siling umah.. pastu saya kena tindih la..mimpi haiwan ganas la.. pastu bila time saya nk tido saya rasa macam ade bende kat sebelah.. takut gak tp saya cpt2 bangun bukak lampu.. masa tu mmg leher dah meremang bulu roma..
stiap malam mmg saya pasang ayat ruqyah.. tp ntah jenis jin setan apa degil sgt.. last2 pegi darussyifa saya ambik air n ustaz pn ade baca doa2 dia tu kat saya.. balik tu saya terus pagar rumah.. 3malam turut2 sy buat.. malam pertama mmg merata2 bunyi guli tu. biasa bunyi guli tu kt siling bilik tido saya je.. lepas dh malam ke3 dah ok.. tp kdg2 dia dtg jugak. buat xtau jelah..bila sy pasang ayat quran baru aman.. n saya pun kena bykkan mengaji jugak baru xkena ganggu..


Hebatt!!! Tudung Norjuma Diperaga Di Pentas Persada Fesyen New York

Mormor said...

suka entry ni . boleh buat panduan bila sewa rumah nt :D

Story Nadya said...

nice tips :)

cik atie said...

tq ayu.. bole buat panduan + pengetahuan.. :)

IbuNaufal said...

penat sgt kan masuk rumah..Tips samak tu mmg sgt berguna bila berpindah nnt..tq ayu..;-)

ayuzan said...

cik aan.. tq for sharing pengalaman.. btw, jgn la letak link hidup ni.. takut google detect spam. :(

ayuzan said...

hehe..hrp bermanfaat..

Permata Malap said...

terima kasih atas entri ni,ayu..akak suka sangat..panduan tu..;)

Unknown said...

Dinding kena samak juga kah?

ayuzan said...

Personally sy xsamak dinding. Tp belah dapur.. Dinding almari dapur tmpt masak sy samak.